TALI air menjadi kering kontang akibat fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering di sekitar Alor Setar hari ini. FOTO Bernama
TALI air menjadi kering kontang akibat fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering di sekitar Alor Setar hari ini. FOTO Bernama
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membentangkan ke Kabinet pada Jumaat ini berhubung cadangan penubuhuhan Jawatankuasa Khas bagi merangka pelan tindakan sebagai garis panduan semasa cuaca panas, kering melampau dan fenomena gelombang haba.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia penting sebagai panduan kepada orang ramai merancang aktiviti harian serta mengambil langkah penjagaan kesihatan semasa berdepan dengan situasi berkenaan.

"Ia termasuk pelan tindakan membabitkan aktiviti persekolahan yang mungkin terjejas berikutan cuaca panas dan kering.

"Justeru, cadangan penubuhan jawatankuasa ini akan dibincangkan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri untuk persetujuan," katanya pada sidang media mesyuarat khas bagi membincangkan cuaca panas yang melanda negara di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 6:51 PM