Brahmal (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi RedCap, Ian Cruddas di sidang media yang diadakan hari ini. FOTO Sri Ayu Kartika Amri
Brahmal (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi RedCap, Ian Cruddas di sidang media yang diadakan hari ini. FOTO Sri Ayu Kartika Amri
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Creador Sdn Bhd (Creador), firma ekuiti swasta akan terus menyuntik pelaburan baharu di Malaysia dengan nilai kira-kira RM1 bilion bagi tempoh lima tahun dalam segmen produk konsumer.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brahmal Vasudevan berkata, pihaknya juga sudah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyokong pertumbuhan rangkaian farmasi, RedCap di Malaysia untuk tempoh dua tahun ini.

Katanya, Creador melihat potensi besar dalam industri farmasi dan komited untuk menyediakan platform bagi memudahkan akses orang ramai kepada konsep farmasi yang sebenar.

€œBiarpun dalam situasi ekonomi agak mencabar sekarang, kami akan terus menyuntik pelaburan ke dalam segmen yang dilihat mempunyai peluang untuk berkembang dan memberi pulangan kepada syarikat.

€œMalah, sekarang adalah masa yang baik untuk melabur kerana pasaran sedang menurun, tidak banyak pesaing dan nilainya juga lebih murah”€ katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 5:55 PM