ROHAYA (kanan) pada majlis pelancaran Enfagrow A+.
ROHAYA (kanan) pada majlis pelancaran Enfagrow A+.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd (Mead Johnson Nutrition), pemain industri nutrisi pediatrik global, optimis segmen penyelidikan dan pembangunan (R&D) berperanan dalam menyumbang kepada pertumbuhan jualan rangkaian produknya.

Pengarah Hal Ehwal Kawal Selianya, Rohaya Mamat berkata, syarikat itu meletakkan R&D sebagai pemacu utama dalam agenda pengendalian operasinya kerana ia berupaya memberi manfaat dengan penghasilan produk berkualiti tinggi.

Beliau berkata, dalam melaksanakan inovasi baharu, perkara penting yang perlu ditekankan adalah ramuan yang mempunyai khasiat tinggi di samping dapat memenuhi keperluan segmen penggunanya iaitu bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar.

“R&D akan terus merangsang pertumbuhan dan perkembangan perniagaan kami kerana ia sentiasa dilakukan sejak syarikat ini ditubuhkan sejak sekian lama dahulu.

“Malah, dengan pelaksanaan R&D juga, kami dapat mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki supaya dapat menyediakan produk lebih baik untuk kesejahteraan ibu bapa yang menjadikan susu kami sebagai rutin dalam setiap pengambilan makanan anak mereka,” katanya pada majlis pelancaran Enfagrow A+ di sini, baru-baru ini.

Enfagrow A+ kini diperkaya dengan inovasi terbaharu dalam formula susu kanak-kanak dengan rumusan nutrien unik dengan DHA, PDX, GOS dan yis beta-glucan yang dapat meningkatkan ketahanan semula jadi tubuh kanak-kanak.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Seliaan dan Sains Nutrisinya, Annemieke Tops berkata, melalui perkembangan dalam kajian yang dijalankan, Mead Johnson dapat mengeluarkan produk yang padat dengan manfaat seperti Enfagrow A+.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2016 @ 6:48 AM