Shopee

Membersih serta mengemas rumah sering dianggap kerja remeh dan membebankan tetapi hakikatnya ia adalah tugasan penting.

Ia juga satu keperluan bagi memastikan persekitaran yang sihat serta mesra demi kesejahteraan seisi keluarga terutama yang mempunyai anak-anak sedang membesar.

Selain itu, rumah yang teratur dan ceria juga membantu menghilangkan tekanan serta ketegangan disebabkan keadaan rumah yang berselerak.

Dengan demikian, ibu bapa kurang terganggu dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai dan kreatif bagi anak-anak.

Kini, tugas membersih dan mengemas disifatkan sebagai paling bergaya. Semakin ramai menyahut cabaran untuk mempermudah urusan mengemas rumah dengan mengikuti beberapa peraturan asas yang juga ‘trend’ terkini.

Memahami pentingnya mempunyai rumah yang bersih, Shopee kini menganjurkan kempen Super Brand Day bersama Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser yang sedang berlangsung sehingga 3 Mac ini.

Jenama di bawah Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser khususnya Dettol, Enfagrow A+, Sustagen, Durex, Vanish dan Air Wick akan menyertai kempen ini dengan menawarkan harga jauh lebih rendah.

Sepanjang tujuh hari, pelanggan juga boleh merebut pelbagai tawaran hebat termasuk tawaran RM1 pada 28 Februari ini.

Shopee Super Brand Day turut menawarkan diskaun sehingga 85 peratus dan ‘Jualan Mengejut’ harian serta perkhidmatan penghantaran segera kepada pengguna Shopee.

Manfaatkan juga sepenuhnya nilai wang anda dan rebutlah baucar menarik sehingga RM500,000.

Selain itu, pelanggan yang melakukan perbelanjaan harian paling tinggi berpeluang memenangi hadiah menarik seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/rb-super-brand-day

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 4:04 PM