Datin Fadzlin Suraya, (kiri), Nur Fazura, (tengah) dan Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Mead Johnson Malaysia, Singapura & Vietnam (kanan) di pelancaran Sepenuh Harapan.
Datin Fadzlin Suraya, (kiri), Nur Fazura, (tengah) dan Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Mead Johnson Malaysia, Singapura & Vietnam (kanan) di pelancaran Sepenuh Harapan.
Farah Izureen Izhar

ENFAGROW A+ melancarkan kempen Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan sempena Ramadan bagi menggalakkan para ibu bapa bertukar pendapat serta membimbing mereka dalam usaha membesarkan anak-anak secara menyeluruh.

Kempen yang dilancarkan pada Mac lalu bertujuan memberikan peluang kepada ibu bapa menunjukkan teladan yang baik bagi menyemai nilai-nilai murni ketika mereka masih kecil.

Pengarah Pemasaran Mead Johnson Nutrition bagi Malaysia, Singapura, dan Vietnam, Tiffany Tang, berkata pelancaran kempen Enfagrow A+ Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan ini amat bermakna bagi pihaknya sempena Ramadan Al-Mubarak.

"Ini kerana, kami ingin berada di samping perjalanan ini bersama ibu bapa dan membantu mereka menyemai nilai-nilai positif kepada anak-anak mereka, di samping  memperkukuhkan lagi hubungan sesama mereka," katanya.

Selebriti, Nur Fazura yang menghadiri majlis pelancaran kempen ini turut berkongsi bahawa Ramadan merupakan bulan yang dinanti kerana ia dapat mencungkil semangat kekeluargaan bersama anaknya, Nur Fatima serta berharap Fatima akan membesar dengan keutuhan moral yang  tinggi, berupaya untuk membuat keputusan yang baik serta menangani situasi yang mencabar.

Bagi membesarkan seorang anak secara holistik, pembangunan IQ dan EQ mereka menerusi bimbingan ibu bapa serta pembekalan khasiat yang betul adalah amat penting.

IQ merupakan kemahiran kognitif yang dapat membantu kanak-kanak dari sudut akademik manakala EQ merupakan kebolehan untuk  mengenal pasti, menilai dan mengawal emosi diri.

Seorang kanak-kanak yang mempunyai  keseimbangan yang baik dalam kemahiran IQ dan EQ akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dalam aspek pemahaman dan kesedaran kendiri, termasuk memori untuk belajar, memahami dan menyimpan maklumat dengan lebih cepat.

Bukan itu sahaja, kempen ini juga membawakan sebuah peraduan dengan hasrat untuk mengumpul dana bagi tabung Dana Sepenuh  Harapan.

Menerusi tabung kebajikan ini, Enfagrow A+ ingin menyokong dan meningkatkan kehidupan  kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta membantu para ibu bapa menunaikan impian anak-anak mereka dengan memenangi aneka hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Titian Kaseh bagi menunjukkan  sokongan kepada rumah-rumah kebajikan ini atas keihsanan mereka untuk menjaga dan melindungi  kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2022 @ 11:36 AM