Susunan Amirul Haswendy Ashari


Selebriti kacak, Park Bo Gum dilaporkan pernah diisytiharkan bankrap. Agensi mewakilinya, Blossom Entertainment berkata, ia berlaku ketika Park Bo Gum masih muda.

“Oleh sebab ia masalah peribadi, kami tidak tahu info penuh. Tapi kami tahu ia berjaya diselesaikan tahun lalu. Pada masa ini, tiada lagi masalah timbul,” kata agensi itu.

Tahun lalu, dia menerima arahan mahkamah berkaitan bankrapsi tapi prosedur itu dihentikan dengan perjanjian bersama pihak pemberi kredit.

Bo Gum berjaya menyelesaikan situasi itu dalam masa enam bulan. Dia pergi ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada akhir 2014 untuk memohon pengecualian bankrap susulan hutang yang tidak dapat diselesaikan.

Pihak mahkamah mengambil kes itu pada Mac lalu dan memutuskan dia bankrap selepas itu. Namun, sebenarnya Bo Gum tidak akan disenaraikan sebab berjaya diselesaikan seolah-olah dia tidak pernah diisytiharkan bankrap.

Hutang dimaksudkan berkaitan dengan isu selebriti itu dipercayai menjadi penjamin untuk selesaikan isu keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2016 @ 5:03 AM