PENGARAH Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil bersama Timbalannya, PKharudin Ghazali (kiri) menunjukkan buku analisis keputusan pada sidang media Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 peringakat Negeri Sembilan di Balai Gadong Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan. FOTO Hazreen Mohamad

Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di kawasan luar bandar adalah lebih baik berbanding kawasan bandar, di negeri ini.

Pengarah Pendidikan negeri Rusni Ab Jalil berkata, seramai 15,660 calon mengambil peperiksaan SPM di 112 sekolah tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 664 berbanding 16,324 pada tahun sebelum itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu 586 atau 3.74 peratus calon mendapat semua A bagi semua mata pelajaran.

"Seramai 11 calon berjaya memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran.

"Gred Purata Negeri (GPN) adalah 4.90 iaitu penurunan sebanyak 0.05 mata berbanding pada tahun 2014 iaitu 4.85, " katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Pendidikan di sini, tadi.

Katanya, pencapaian GPN calon di bandar bertambah sebanyak 0.13 mata iaitu 4.74 pada tahun 2015 berbanding 4.61 pada tahun sebelum itu, manakala pencapaian calon di luar bandar berkurangan sebanyak 0.07 mata iaitu 5.16 pada 2015 berbanding 5.23 pada tahun sebelum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 11:27 AM