Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Seramai 624 pelajar daripada 16,324 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2014 (SPM) di negeri ini meraih semua A (A+, A dan A-) dalam keputusan yang diumumkan, hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid berkata, jumlah pelajar meraih semua A dalam mata pelajaran menurun seramai 69 orang berbanding 693 pelajar daripada 17,684 calon SPM 2013.

Katanya, sehubungan itu Gred Purata Negeri (GPN) diperolehi adalah 4.85 berbanding 4.70 pada 2013.

"Bilangan calon menduduki SPM pada tahun lalu di negeri ini berkurangan seramai 1360 dan jumlah calon meraih A berkurang seramai 69 orang," katanya.

Sebanyak 112 sekolah menduduki SPM tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Balai Gadong, Pejabat Pendidikan negeri di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 10:44 AM