LOLANOPITA menyiram air mawar di pusara anaknya. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
LOLANOPITA menyiram air mawar di pusara anaknya. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Jenazah remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 16, selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, 1.45 petang tadi.

Kira-kira 100 individu hadir ke majlis berkenaan termasuk ibu remaja itu, Lolanopita Sadi, 41, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah Perlindungan Tuanku Ampuan Najihah dan penduduk.

Sebelum itu jenazah disolatkan Masjid Negeri, di sini dan dihadiri kira-kira 100 jemaah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 2:37 PM