AZRINA menunjukkan produk Red Bella.
AZRINA menunjukkan produk Red Bella.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Red Bella Beauty & Spa, komited untuk mencapai jualan sebanyak 400,000 botol bagi produk mandiannya, Body Wash Whitening & Contouring di bawah jenama Red Bella menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrina Shahidan berkata, setakat ini pihaknya telah menjual sebanyak 200,000 botol menerusi pemasaran secara online dan offline.

Katanya, tahun depan pihaknya turut merancang meluaskan pasaran ke Asia Tenggara selepas memfokus pasaran di seluruh Malaysia.

“Produk Red Bella memang sudah berada di pasaran Brunei dan Singapura, namun kami mahu mengembangkannya lagi ke peringkat luar negara terutama di seluruh Asia Tenggara.

“Selain itu, kami juga menerima permintaan dari Jepun, Korea dan Arab Saudi. Bagaimanapun, untuk pasaran Asia Tenggara kami menyasarkan penjualan sebanyak 100,000 botol Body Wash Whitening & Contouring dalam tempoh setahun,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, produk itu bukan sekadar mandian biasa kerana ia membantu merawat kulit, menghilangkan bau, jerawat di badan serta membantu mereka yang mengalami penyakit ekzema.

Azrina berkata, produknya itu dijual pada harga RM68 sebotol dan mampu bertahan antara dua hingga tiga bulan serta boleh digunakan untuk kanak-kanak seawal usia dua tahun.

Beliau berkata, pihaknya membuka peluang untuk orang ramai yang berminat menjadi stokis dan wakil jualan.

“Mereka yang berminat, boleh melayari Facebook Red bella beauty & spa hq atau Azrina Shahidan. Selain itu, kami akan memberi kelas pemasaran percuma dan liputan khas untuk stokis serta memberi ganjaran kepada mereka yang mencapai sasaran jualan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 7:31 AM