Harian Metro

BERIKUT antara rangkuman berita dalam dan luar negara sepanjang hari ini. Jangan lupa temujanji kita pada setiap hari jam 7 malam hanya di Metro@7.

. Remaja lelaki yang pecah masuk rumah di Yan, Kedah ditahan orang ramai selepas jatuh dari siling rumah itu.

. Murid perempuan tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Jasin, Melaka cedera dihempap dinding kayu bangunan di sekolah itu.

. Lelaki warga Bangladesh didenda RM2,000 dan diusir pulang ke negara asal oleh mahkamah selepas mengaku salah guna sijil kelahiran milik orang lain.

. Seorang lelaki yang cacat penglihatan antara lapan orang kurang upaya (OKU) yang dipilih ke Makkah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 7:21 PM