JUDO antara lima sukan yang digugurkan bagi Sukan SEA 2017. FOTO fail NSTP Osman Adnan
JUDO antara lima sukan yang digugurkan bagi Sukan SEA 2017. FOTO fail NSTP Osman Adnan
Aziman Rosdi


Putrajaya: Lima sukan yang digugurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur masih mempunyai peluang untuk disenaraikan semula.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya masih berbincang dengan persatuan sukan berkenaan sebelum membuat keputusan akhir.

"Kita masih lagi dalam proses perbincangan dengan pihak persatuan sukan dan saya minta jangan umumkan dulu.

"Saya melihat ada satu, dua sukan yang boleh dipertimbangkan jadi mungkin akan ada sukan yang disenaraikan semula dan tak disenaraikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Silat Pendekar Muda 2016.

MOM pada Rabu lalu mengumumkan senarai awal 34 sukan membabitkan 342 acara bagi Sukan SEA 2017 yang menyaksikan lawan pedang, Judo, triathlon, bina badan dan kenu digugurkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 3:00 PM