MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Pelajar lelaki,16,maut selepas digilis lori di Jalan Tasek Simpang Ampat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, mangsa Muhammad Amirull Baharin mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mangsa dari arah Junjung ke Simpang Ampat dipercayai bergesel dengan kenderaan pacuan empat roda sebelum terjatuh.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya dilanggar dan digilis lori yang datang dari arah yang sama.

Mangsa bersekolah di SMK Bandar Tasek Mutiara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 10:20 PM