Antara barangan yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Antara barangan yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Shamsul Munir Safini


Simpang Ampat: Dua lelaki pemungut hutang ditahan polis bersama enam senjata termasuk parang,kapak dan pedang samurai di Simpang Ampat, dalam satu operasi pagi tadi.

Dalam operasi dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) antara jam 3 pagi hingga 2 petang itu polis menahan mereka berasingan di Simpang Ampat dan Tasek Mutiara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafee Abd Samad berkata, dalam serbuan itu polis merampas beberapa barangan termasuk senjata.

Katanya, antara barangan yang dirampas pihaknya adalah dua pedang samurai, dua parang, sebilah kapak,70 salinan kad pengenalan peminjam wang , topeng muka, dua kenderaan serta beberapa lagi barangan lain.

Beliau berkata, mereka kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(B) dan Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan , Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Senjata api 1971.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 9:20 PM