KERETA terbakar selepas kemalangan. FOTO Ihsan pembaca
KERETA terbakar selepas kemalangan. FOTO Ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Wanita cedera selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Tasik, Simpang Ampat, di sini, jam 12.30 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu mangsa dipercayai berhenti secara tiba-tiba sebelum dirempuh lori dari belakang.

Difahamkan, sejurus selepas itu kereta mangsa terbakar sebelum mangsa dan anaknya yang berada di dalam kereta diselamatkan orang ramai.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.37 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian jam 12.48.

Katanya, kereta dinaiki mangsa musnah 90 peratus dan kebakaran dipadam pada 2.45 petang tadi.

Mangsa yang cedera di bahagian belakang dan muka dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi mendapatkan rawatan susulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:33 PM