TEKNIK pembuatan jam mekanikal yang teliti.
TEKNIK pembuatan jam mekanikal yang teliti.

Koleksi jam tangan terkini juga boleh dijadikan pilihan sebagai hadiah menarik untuk insan tersayang selain bunga dan barang kemas bagi menyampaikan rasa sayang kepada mereka.

Aksesori ‘wajib ada’ ini hadir dalam pelbagai bentuk, jenis, warna dan harga. Fungsi asalnya cuma sekadar memberitahu masa ­dengan pergerakan elektronik atau mekanikal.

Namun, seiring dengan peredaran masa, jam tangan kini bukan saja untuk melihat masa, tarikh mahupun hari, malah ia mula bertindak sebagai pelengkap aksesori bagi individu yang mahukan gaya berbeza.

Jika kurang pasti mengenai rekaan jam tangan yang sesuai digayakan mengikut cita rasa dan penampilan diinginkan, jangan bimbang kerana ada banyak cara untuk bergaya menarik.

Ada sesetengah wanita yang berasakan penampilan jam tangan sporty terhad dan lebih sesuai dengan pergelangan tangan maskulin.

Bagi Alexander Shorokhoff, jam tangan ibarat kapsul masa yang menceritakan perjalanan hidupnya selain salah satu cara mudah dalam menzahirkan ekspresi diri.

Justeru, tidak hairanlah jika pereka jam tangan kelahiran Moscow, Russia itu menampilkan rekaan jam tangan yang diberi sentuhan feminin Lady Chronograph kerana ia mampu mengekalkan penampilan yang ang­gun dan menawan.

Biarpun pilihan jam tangan Chronograph itu sering dianggap sebagai koleksi sporty yang diberi sentuhan klasik pada pandangan mata kasar, ia juga sesuai dipakai oleh wanita.

Ia dicipta khas untuk wanita yang memiliki cita rasa tinggi dan moden, pada masa sama begitu menghargai ketukangan yang penuh teliti.

Menariknya, set bezel bersama kilauan berlian itu menonjolkan gaya mewah untuk pelengkap kepada gaya wanita berkeyakinan tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 5:01 AM