Pejuang Kurdis dan Syiah menunjukkan bendera IS yang diturunkan selepas menawan semula Jalula.
Pejuang Kurdis dan Syiah menunjukkan bendera IS yang diturunkan selepas menawan semula Jalula.

Baghdad: Tentera Iraq yang disokong pejuang Kurdis dan Syiah semalam menawan semula dua bandar yang sebelum ini dikuasai militan Negara Islam (IS).

Polis di wilayah Diyala berkata, tentera Iraq memasuki bandar Saadiya dan Jalula awal semalam selepas pertempuran sengit dengan pejuang IS.

Pertempuran masih berlaku di luar bandar berkenaan - yang ditawan IS Ogos lalu - manakala usaha juga dilakukan untuk menghapuskan bom yang ditanam di tepi jalan oleh golongan militan sebelum meninggalkan bandar berkenaan.

Beberapa keluarga yang sebelum ini melarikan diri dari situ juga mula pulang ke rumah masing-masing.

Pasukan keselamatan Kurdis yang turut dikenali sebagai peshmerga terbabit dalam pertempuran di dua bandar itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:02 AM