ZAHID bersama Dr Haron Din selepas MPI di PICC. Turut kelihatan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ZAHID bersama Dr Haron Din selepas MPI di PICC. Turut kelihatan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim

Putrajaya: Penyebaran dan usaha dakwah melalui Internet perlu dipeluaskan seiring penggunaan media tradisional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berikutan pendekatan melalui kaedah ini adalah merentasi sempadan dan mampu mensasarkan segenap lapisan bangsa.

"Melalui kaedah ini, pelbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan mengikut cita rasa semasa yang sesuai dengan ajaran Islam.

"Pada masa sama, penggunaan media baru dalam Islam juga harus lebih menekankan konsep ketakwaan dan menjadikan Islam sebagai acuan kehidupan," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan beliau itu turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 1:36 PM