Mazizul Dani


Sebaik membuat pengumuman akan berkahwin pada 8 Februari ini, pasangan Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 menjadi rebutan pihak produksi dan media sama ada untuk menjadi tetamu dalam rancangan televisyen mahupun jemputan fotografi.

Majalah digital Zon Interaktif Pesona (ZIP) antara yang berpeluang mengabadikan video dan gambar pasangan ini untuk cerita muka depan edisi Februari 2016. Penggambaran dilakukan di Royal Selangor Yacht Club di Pelabuhan Klang, di atas kapal persiaran mewah, Princess Amalin.

Kami kongsikan kepada anda apa yang berlaku di sebalik tabir penggambaran berkenaan.

1) Sam disaman polis ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran apabila terpaksa bergegas selepas menghadiri program di sebuah stesen televisyen.

2) Lagu kumpulan Slam, bertajuk Gerimis Mengundang antara yang menjadi siulan Sam ketika penggambaran, tetapi ketika ditanya adakah dia suka berkaraoke, Sam menjawab, tidak!

3) Penaja busana Syatilla iaitu Altelia Amani menyediakan enam persalinan untuk pelakon itu, namun hanya dua busana digayakan untuk penggambaran.

4) Krew ZIP terjatuh di pelabuhan ketika membawa persalinan Syatilla yang berharga puluhan ribu disebabkan baju berkenaan agak berat. Nasib baik krew tidak cedera dan baju pun tidak rosak.

5) Syatilla membawa satu beg besar stok tudung pelbagai warna yang masih mempunyai tanda harga untuk digayakan bersama busana yang disediakan.

6) Kapal persiaran Princess Amalin dijadual belajar pada jam 1 tengah hari untuk mencipta latar belakang yang berlainan tetapi ditangguhkan beberapa kali kerana hujan dan hanya belayar pada 3 petang selama satu jam.

7) Ketika makan tengah hari Sam dan Syatilla berkongsi makan nasi kandar.

8) Sam risau selendang yang dilempar jatuh ke laut, jadi krew ZIP terpaksa bersiap sedia di tepi dek kapal untuk menyambut selendang berkenaan.

9) Jalan cerita penggambaran muka depan ZIP juga terpaksa diubah beberapa kali atas faktor cuaca dan kekangan masa dua pelakon itu.

10) Sam yang berpengalaman melakonkan pelbagai watak dalam filem mahupun drama turut melontarkan idea semasa penggambaran sekali gus memudahkan krew untuk membuat rakaman.

11) Walaupun Sam perlu berkejar ke lapangan terbang untuk ke Korea kerana ada penggambaran di sana, dia tetap kembali menukar baju apabila krew ZIP sedar, Sam terlepas satu babak yang belum dilunaskan.

Terima kasih Sam dan Syatilla! Jangan lupa muat turun ZIP di telefon pintar atau tablet anda menerusi carian Zon Interaktif Pesona (ZIP) di AppStore atau Google Play Store untuk mengetahui cerita ekslusif mereka.

Tunggu liputan penuh kami bermula pada majlis berinai pada 7 Februari, nikah pada 8 Februari dan resepsi persandingan mereka pada 9 Februari ini di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 11:13 PM