Siti Fatimah Hassan

Sungai Buloh: Hospital Sungai Buloh menerima empat mesin haemodialisis baru bernilai RM160,000.

Semua mesin itu diterima selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ia ditambah segera ketika lawatan beliau, dua minggu lalu.

Mesin haemodialisis disumbangkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada Pengarah hospital, Datuk Dr Khalid Ibrahim.

Majlis penyerahan turut disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran.

Khalid berkata, penambahan mesin itu menjadikan hospital berkenaan kini mempunyai 37 mesin hemodialisis bagi menampung 87 pesakit buah pinggang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 12:11 PM