PENGUNJUNG melihat generasi keluaran kereta Kancil di Ibu Pejabat Perodua di Rawang pada 12 Januari lalu. FOTO Asyraf Hamzah
PENGUNJUNG melihat generasi keluaran kereta Kancil di Ibu Pejabat Perodua di Rawang pada 12 Januari lalu. FOTO Asyraf Hamzah
Sofyan Rizal Ishak


Petaling Jaya: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan peningkatan jualan kenderaan sebanyak sembilan peratus tahun lalu kepada 213,300 unit berbanding 196,000 unit pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, model Axia menjadi penyumbang terbesar dengan jualan 99,700 unit atau 46.7 peratus daripada jualan keseluruhan pada tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, tahun lalu adalah mencabar bagi syarikat dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), penyusutan nilai ringgit, dan penurunan harga minyak yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Bagaimanapun, cabaran ini membuatkan lebih ramai pengguna mendapatkan unit kenderaan pada harga berpatutan di mana ia ditawarkan pada tiga model kami iaitu Myvi, Alza dan Axia," katanya pada sidang media selepas pengumuman prestasi Perodua 2015 di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Perodua menguasai pasaran kereta tempatan sebanyak 32 peratus pada tahun lalu berdasarkan jangkaan jumlah keseluruhan industri (TIV) iaitu 667,000 unit kenderaan sepanjang 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 2:56 PM