TATA rias ringkas dan praktikal.
TATA rias ringkas dan praktikal.

Saya berhasrat untuk meletakkan atau memasang rak di ruang tamu, tetapi kurang arif dari segi rekaan dan kedudukan sesuai. Pandangan saudara amat saya hargai.

Norhanim Aziz

Kepelbagaian jenis rekaan rak buku untukmenyimpan buku, aksesori hiasan atau jika diletakkan di ruang tamu perlu disesuaikan dengan persekitarannya.

Secara tidak langsung rekaan rak yang menarik mampu mengubah ruang itu tampak unik dan eksklusif.

Pastikan kehadirannya berpadanan dengan suasana dan dekorasi di ruang itu supaya tidak kelihatan terlalu janggal. Sebuah rak mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah dalam memilihnya.

Tidak perlu terlalu menekankan rekaan, tapi kajilah juga fungsi dan kegunaannya supaya kehadirannya bukan sekadar menjadi perhiasan atau tempat meletak buku semata-mata.

Kini ada pelbagai jenis rekaan rak yang ada di pasaran mengikut cita rasa dan keperluan dekorasi ruang kediaman anda. Ada yang biasa, tetapi diceriakan dengan pelbagai warna untuk memberi suasana ceria dan menawan.

Hanya dengan mengubah kecondongan, rak biasa di dinding kelihatan sungguh menarik dan unik, sekali gus memperlihatkan idea yang kreatif.

Seterusnya susunan rak tidak semestinya sentiasa selari serta lurus menegak. Tidak semestinya hanya satu warna saja.

Cubalah gabungan pelbagai warna dan tidak perlu takut untuk bereksperimen dengan warna yang terang.

Paling penting menepati ciri termasuk kemas, ringkas dan menjimatkan ruang. Malah, reka bentuk rak tidak semestinya berbentuk kotak. Sememangnya ia mampu menyerlahkan hasil seni yang menarik dan kreatif dalam mengekalkan fungsinya.

Kreativiti rekaan rak tergantung di dinding juga dilihat lebih sesuai untuk ruang tamu yang sempit.

Pada masa sama memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot dan peralatan, di samping senang untuk anda menyapu atau mengemas rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:01 AM