Cat bilik atau ruang tamu. GAMBAR hiasan
Cat bilik atau ruang tamu. GAMBAR hiasan
Helmy Abd Rahman


MUNGKIN anda baru berpindah dan atau inginkan suasana kediaman berbeza tetapi tidak tahu caranya. Sebenarnya terdapat beberapa cara mudah dan murah untuk berbuat demikian.

Malah ada kalanya perubahan kecil dapat memberi impak besar contohnya dengan menambah cermin, lukisan atau arca, lampu atau tumbuhan.

Disenaraikan lima tip hiasan dalaman yang bijak untuk mentransformasikan kediaman anda.

1. CAT BILIK ATAU RUANG TAMU

Ruang tamu yang lebih kecil dengan warna lembut dan cerah dapat menimbulkan rasa seakan-akan bilik itu lebih besar.

Gambar di atas adalah contoh yang baik untuk memaksimumkan ruang tamu yang kecil.

Tingkap besar, warna dinding terang dan penggunaan cermin bukan saja dapat membalikkan cahaya matahari menerusi tingkap dan pintu malah mencipta ilusi optik seakan-akan ruang tamu ini lebih besar berbanding sepatutnya.

GUNA apa yang ada di rumah untuk hiasan.
GUNA apa yang ada di rumah untuk hiasan.

2. GUNAKAN CERMIN HIASAN UNTUK MENAMBAH CAHAYA KEPADA RUANG TAMU ANDA

Cermin juga boleh digunakan untuk membuat ruang kecil kelihatan besar. Bagi bilik yang lebih besar atau yang kurang dimasuki cahaya matahari, cermin yang diletakkan bertentangan dengan tingkap dapat menambah cahaya. Tidak kira besar atau kecil, cermin dapat menambah cahaya dan dimensi kepada ruang tamu anda.

3. BAKUL ROTAN

Bakul rotan sebagai tempat penyimpanan adalah cara murah dan elegan yang menambah seri di mana-mana bilik di kediaman anda. Ia boleh digunakan termasuk menyimpan dan mempamerkan buku, majalah, permainan, tuala dan selimut. Letakkan beberapa bakul rotan kecil diisi buah-buahan di atas meja makan dapat menyerlahkan ruang dapur anda.

4. GUNA APA YANG ADA DI RUMAH UNTUK HIASAN

Rumah anda memerlukan aksesori. Bagaimanapun, tidak semestinya anda perlu membeli, sebaliknya jadi lebih kreatif dengan mencari barangan yang sudah anda miliki untuk dibuat hiasan. Dulang, kayu, logam atau perak, lilin dan seni daripada buku kanak-kanak, semuanya boleh dijadikan hiasan. Anda sendiri mungkin tidak percaya melihat hasilnya nanti!

5. CAT ATAU KERTAS DINDING DI RAK

Antara cara paling mudah dan mudah untuk menukar ruang yang membosankan adalah dengan mengecat di tempat yang tidak disangka-sangka. Anda boleh memulakannya pada rak buku kerana anda tak perlu mengecat ruang yang besar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 4:30 AM