PIKAP yang digunakan untuk membawa lobak berisi dadah itu.
PIKAP yang digunakan untuk membawa lobak berisi dadah itu.
LOBAK palsu berisi dadah itu.
LOBAK palsu berisi dadah itu.
Agensi

Texas: Ejen sempadan Amerika Syarikat menemui lebih satu tan ganja yang disumbat ke dalam lobak merah palsu di sempadan dengan Mexico.

Lobak palsu itu dicampurkan dengan yang asli untuk dibawa masuk ke Amerika Syarikat.

Menurut pengawal sempadan di Texas, mereka menemui 1,130 kilogram ganja itu Ahad lalu selepas menjalankan pengimbasan terhadap pikap mengangkut hasil tanaman itu yang ditahan untuk pemeriksaan ketika menyeberangi Jambatan Antarabangsa Pharr-Reynosa.

Nilai dadah itu dianggarkan AS$499,000 (RM2.2 juta).

Polis berkata, hampir 3,000 bungkusan berbentuk lobak merah berisi dadah itu yang dicampur dengan lobak sebenar ditemui.

Kes itu kini disiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

“Sekali lagi, kumpulan penyeludup dadah menunjukkan kreativiti mereka. Anggota kami sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan kekal berhati-hati terhadap sebarang jenis aktiviti haram,” kata pengarah kastam, Efrain Solis Jr dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama lobak merah digunakan sebagai cara untuk menyeludup.

November lalu, pihak berkuasa menemui ganja dan kokain bernilai AS$2 juta (RM8.8 juta) dalam bungkusan segar lobak merah dan timun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 7:59 AM