KOLEKSI blaus direka menggunakan konsep moden.
KOLEKSI blaus direka menggunakan konsep moden.
ANGGUN menggayakan blaus Clara daripada CaryaZara.
ANGGUN menggayakan blaus Clara daripada CaryaZara.
LABUH di bahagian belakang dan menutup bahagian punggung.
LABUH di bahagian belakang dan menutup bahagian punggung.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Direka dengan potongan ekor ikan dan dilengkapi zip di bahagian kiri dan kanan baju menjadikan koleksi blaus ini antara koleksi moden dan nyata berbeza.

Blaus Clara daripada CaryaZara dihasilkan daripada fabrik como crepe yang berat menjadikan si pemakai berasa selesa kerana blaus tidak terlalu mengikut bentuk dan melekat pada badan.

Menurut pengasas CaryaZara, Naimey Abd Jalil, walaupun menggunakan konsep blaus moden, koleksi itu turut dilengkapi zip di bahagian depan untuk wanita menyusu serta zip di lengan bagi memudahkan mengambil wuduk.

“Blaus ini didatangkan dalam pelbagai warna ceria antaranya biru navy, merah jambu terang, hijau pain, merah wain, hijau turquoise dan merah jambu belacan.

“Saiz pula bermula XS hingga XXL dan ditawarkan dengan harga RM89,” katanya.

Naimey berkata, blaus yang menutupi bahagian punggung itu sesuai digayakan semua wanita tanpa mengira peringkat usia terutama bagi yang berusia 25 tahun hingga 50 tahun.

“Koleksi ini sesuai digayakan santai mahupun ke pejabat dan memberikan keselesaan maksimum ketika disarung. Lebih penting, ia cantik dan manis dipandang, membuatkan si pemakai tampil anggun bergaya,” ujarnya.

Koleksi ini boleh didapati di butik CaryaZara di The Strand Kota Damansara atau melayari laman sosial Instagram caryazaraofficial dan Facebook Caryazara Official.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2016 @ 5:01 AM