HUAWEI tambah pilihan Mate S.
HUAWEI tambah pilihan Mate S.
Oleh Afiq Hanif

Jika sebelum ini, ia ha­nya didatangkan dengan satu warna iaitu emas, Huawei menampilkan Mate S dengan gaya lebih menawan apabila membawakan emas ros yang mampu menarik perhatian wanita.

Mate S adalah model premium dengan skrin sebesar 5.5 inci serta badan aluminium sepenuhnya pada tahap 7.2mm saja.

Manakala skrin AMOLED di depan menggunakan kaca lengkung 2.5D Corning Gorilla Glass 4 serta beresolusi HD Penuh 1920 x 1080.

Ia dikuasakan pemprosesan Kirin 935 octa core dengan kelajuan terpantas 2.2GHz dipadankan RAM 3GB selain storan dalaman 64GB yang turut disertakan bersama slot kad mikroSD.

Telefon ini menggunakan kamera 13MP di belakang dan 8MP di depan.

SPESIFIKASI HUAWEI MATE S:

Harga: RM2,698

Dimensi: 149.8 x 75.3 x 7.2mm

Berat: 156g

Paparan: 5.5 inci AMOLED, ONCELL, FHD

Pemprosesan: Hisilicon Kirin 935, Octa core (4*2.2GHz + 4*1.5GHz), 64-bit

OS: Android 5.1 + EMUI 3.1

Memori: 64GB

RAM: 3GB

Bateri: 2700mAh

Kamera: 13MP, 8MP (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 5:10 AM