HUAWEI Mate S.
HUAWEI Mate S.
OPPO R7S.
OPPO R7S.
SONY Z5 Premium Dual.
SONY Z5 Premium Dual.

Menyamai fungsi Touch 3D ala-ala iPhone, Huawei Mate S juga mempunyai tekanan sentuhan atau Force Touch yang boleh menimbang sebiji epal ketika ia mula-mula didemonstrasikan dulu di IFA2015.

Mate S mempunyai pengimbas cap jari di belakang sama seperti Mate 7, tetapi dilengkapi fungsi tambahan seperti membuka kunci skrin serta pengimbas cap jari baru lebih peka yang dikenali Fingerprint Sense 2.0 berupaya mengawal notifikasi, merakam gambar, menjawab telefon dan mematikan jam.

Selain itu, ia mempunyai ciri yang diperkenalkan di Huawei P8 sebelum ini melalui Knuckle Sense yang mana sentuhan sensitif skrin Mate S boleh digunakan untuk mengaktifkan kamera, membuka aplikasi muzik atau pelayar.

INFO

HUAWEI MATE S

- Harga: Dari RM2,698

- Dimensi: 149.8 x 75.3 x 7.2mm

- Berat: 156g

- Paparan: 5.5 inci AMOLED, ONCELL, FHD

- Pemprosesan: Hisilicon Kirin 935, Octa core (4*2.2GHz + 4*1.5GHz), 64-bit

- OS: Android 5.1 + EMUI 3.1

- Memori: 32GB/64GB

- RAM: 3GB

- Bateri: 2700mAh

- Kamera: 13MP, 8MP (depan)

Model terbaru Oppo R7s menyaksikan beberapa perubahan ketara berbanding abangnya, R7 meskipun masih mengekalkan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 615.

Bersama RAM 4GB, telefon ini bersaiz 5.5 inci dengan tambahan bateri sehingga 3070mAh bersama fungsi pengecas pantas VOOC yang turut datang dengan memori dalaman 32GB dan boleh ditambah menggunakan slot kad memori mikroSD.

INFO

OPPO R7S

- Harga: Belum diumumkan

- Slot kad SIM: 2 (nano, mikro)

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 615 octa core

- OS: Android 5.1 Lollipop

- Skrin: 5.5 inci AMOLED HD penuh

- RAM: 4GB

- Storan: 32GB, slot kad mikroSD

- Kamera: 13MP, 8MP (depan)

- Dimensi: 152 x 75 x 6.95mm

- Berat: 155g

- Bateri: 3070mAh

Esok, model Sony Xperia Z5 Premium Dual bakal dilancarkan dengan mempunyai skrin 5.5 inci, tetapi kekuatannya terletak pada resolusi 4K (3840 x 2160) pada kepadatan 806ppi dan bukan itu saja, ia turut mampu merakam format tinggi sama.

Telefon dengan pengimbas cap jari dan kalis air ini mempunyai bateri berkapasiti 3430mAh yang turut hadir dengan sistem pengecasan pantas Qualcomm Quickcharge 2.0.

INFO

SONY Z5 PREMIUM DUAL

- Harga: Tidak diperoleh

- RAM: 3GB

- Memori: 32GB, slot kad mikroSD

- OS: Android 5.1 Lollipop

- Skrin: 5.5 inci 4K UHD

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 810 64 bit MSM8994

- Grafik: Adreno 430

- Ciri: IP65, IP68

- Kamera: 23MP, 5MP

- Bateri: 3430mAh

- Ciri Kamera: 1 / 2.3ΓΈ Sony Exmor, RS mobile sensor, ISO 12800, 4K, zum 8x

- Berat: 180g

- Dimensi: 154.4 x 76 x 7.8mm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 10:28 AM