JENTERA perlumbaan hasil gabungan BMW dan Shell.
JENTERA perlumbaan hasil gabungan BMW dan Shell.
MEMANDU dengan pengawasan pemandu terlatih.
MEMANDU dengan pengawasan pemandu terlatih.
PESERTA Malaysia yang terpilih memandu BMW terbaharu di Munich.
PESERTA Malaysia yang terpilih memandu BMW terbaharu di Munich.
Oleh Erywan Norshal


Seramai 18 pemilik bengkel berpeluang memandu model BMW baharu dengan pengawasan jurulatih daripada BMW Motorsport di Munich, Jerman, baru-baru ini.

Mereka adalah rakan niaga Shell Helix yang diberi pengalaman memandu dengan mempelajari kaedah melakukan putaran ke belakang 180 darjah serta slalom.

Pengurus Perniagaan Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, pada tahun ini, Malaysia menghantar 18 pemilik bengkel Malaysia yang mempamerkan prestasi cemerlang untuk menimba pengalaman bersama BMW.

Menurutnya, pihaknya juga berbesar hati memberikan lebih banyak pengalaman unik seperti itu pada 2016 pada rakan niaga yang lain.

“Acara itu diadakan untuk meraikan Pakatan Teknologi Premium BMW Motorsport dengan lebih 200 peserta membabitkan 27 pasaran global.

“Peserta diberi kesempatan untuk menerapkan keupayaan mereka memandu kereta lumba touring paling canggih di dunia dengan menguji minyak enjin Shell Helix Ultra Teknologi PurePlus,” katanya.

Pada program itu, peserta juga berpeluang menyelami teknologi di sebalik pakatan teknikal di Bengkel Shell Helix Ultra DTM yang dibina khusus buat analisis minyak secara langsung di makmal litar bergerak Shell.

Sementara itu, Pengurus Jenama Global Shell Helix, Alexandra Ip berkata, pengalaman yang dianjurkan bersama BMW Motorsport dan BMW Driving Experience memaparkan prestasi serta manfaat Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus.

“Sebagai rakan teknologi premium bagi BMW Motorsport, Shell Helix Ultra diberi keistimewaan untuk memanfaatkan semua pemandu profesional BMW.

“Kami gembira kerana mereka hadir bersama kami di Munich untuk berkongsi ilmu dan memperlihatkan kelebihan menggunakan minyak enjin premium untuk meningkatkan prestasi enjin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:01 AM