NG (tengah) memperkenalkan minyak pelincir Shell Helix Ultra, semalam.
NG (tengah) memperkenalkan minyak pelincir Shell Helix Ultra, semalam.

Kuala Lumpur: Shell Lubricants, anak syarikat Shell Malaysia melancarkan rangkaian minyak pelincir terbaru menerusi Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 yang menawarkan prestasi dan perlindungan enjin lebih baik.

Ia menepati spesifikasi teknikal dan menerima kelulusan daripada pengeluar automotif termasuk Mercedes-Benz dan Volkswagen.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baru mempunyai spesifikasi paling tinggi berbanding semua minyak enjin di pasaran.

Menurutnya, formula minyak pelincir itu paling canggih ketika ini dan dicipta untuk memberikan prestasi dan perlindungan secara maksimum.

“Seperti produk Shell Helix Ultra lain, ia dirumus dengan menggunakan Teknologi PurePlus termaju kami yang serba maju.

“Ia memberi kebersihan dan perlindungan enjin yang dikehendaki pemandu, selain lebih penjimatan bahan api,” katanya.

Menurutnya, minyak pelincir itu sesuai untuk kenderaan canggih yang menggunakan enjin diesel dengan penapis zarah, enjin gasolin prestasi tinggi atau enjin campuran gas, bio-diesel dan etanol.

Minyak itu dijual pada harga RM338 untuk pek 4 liter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 6:56 AM