Mangsa yang cedera di kepala (kanan) dibawa ke HSM untuk rawatan lanjut. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Mangsa yang cedera di kepala (kanan) dibawa ke HSM untuk rawatan lanjut. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Remaja lelaki, 19, cedera di kepala selepas terjatuh dari bot pisang di pantai di Taman Awam Teluk Batik, Teluk Muroh, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.39 pagi itu, mangsa, Asraaf Helmi Abdul Rahman cedera di kepala manakala rakannya, Rahmad Asriadi,22, lebam di dahi.

Pegawai Pertahanan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Manjung Nasarudin Abu Bakar berkata, mangsa yang berasal dari Selangor dipercayai datang ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama rakannya sebelum menaiki bot pisang berkenaan.

"Mangsa dipercayai terjatuh dan bahagian belakang kepala nya luka selepas berlaga dengan kepala rakannya sebelum orang awam meminta bantuan anggota JPAM yang melakukan rondaan di kawasan berhampiran," katanya.

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2015 @ 12:22 PM