BOTOL air ketum yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
BOTOL air ketum yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
Noor Hidayah Tanzizi


LIMA sekawan termasuk seorang lelaki warga Thailand ditahan bersama 13 botol plastik dipercayai berisi air ketum di belakang sebuah rumah di Jalan Teluk Muroh, Lumut, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, berusia 32 hingga 60 tahun itu ditahan ketika sedang berbual di belakang rumah berkenaan.

Menurutnya, polis menemui tiga botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air rebusan daun ketum di atas lantai di hadapan suspek.

“Pemeriksaan lanjut berhampiran kawasan belakang rumah itu menjumpai 10 lagi botol plastik dipercayai cecair sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keseluruhan 13 botol plastik berkenaan dianggarkan mengandungi 19.5 liter cecair dipercayai ketum bernilai RM45.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati lima lelaki terbabit negatif dadah dan semakan lanjut mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Siasatan juga mendapati air ketum itu adalah untuk kegunaan mereka sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 8:58 PM