Junaidi Ladjana


Sandakan: Lima lelaki dilaporkan cedera dalam kebakaran membabitkan dua kapal kayu muatan petrol dan sebuah kapal awal di perairan berhampiran Kampung Cenderamata, Jalan Batu Sapi, dekat sini, jam 3 petang.

Timbalan ketua Zon Empat JBPM Sandakan Haikal Jimmy Ngali Abdullah berkata, sebaik api berjaya dikawal pada jam 6.58 petang tadi, pihaknya dimaklumkan lima mangsa cedera akibat melecur.

"Lima mangsa itu sudah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan di sini, untuk rawatan.

“Sehingga jam 7.30 petang, pasukan bomba masih berusaha memadam sepenuhnya kebakaran itu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner berkata, polis masih menjalankan siasatan dan akan mendapatkan dokumen serta butiran lanjut mengenai kapal terbabit.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berikutan curiga dua kapal kayu boleh membawa muatan petrol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2015 @ 8:30 PM
Api marak membakar tiga kapal termasuk dua yang membawa muatan petrol di perairan Batu Sapi, Sandakan.  - Foto Ihsan Bomba
Api marak membakar tiga kapal termasuk dua yang membawa muatan petrol di perairan Batu Sapi, Sandakan. - Foto Ihsan Bomba