Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Kilang gam musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata, Jalan Batu Sapi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun beberapa letupan kuat berlaku sehingga penduduk berhampiran panik dengan kejadian berkenaan.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 malam.

"Sebanyak empat jentera dengan kekuatan seramai 24 anggota bomba ke lokasi kejadian.

"Kita berjaya selamatkan dua lagi kilang berdekatan daripada terbakar dan api berjaya dikawal pada 10 malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Sandakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 9:49 AM
KEBAKARAN membabitkan kilang gam di Kampung Cenderamata, Sandakan, malam tadi. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
KEBAKARAN membabitkan kilang gam di Kampung Cenderamata, Sandakan, malam tadi. FOTO Hazsyah Abdul Rahman