MAYAT mangsa dibawa ke jeti APMM Sandakan. FOTO ihsan APMM
MAYAT mangsa dibawa ke jeti APMM Sandakan. FOTO ihsan APMM
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Mayat seorang awak-awak yang dilaporkan hilang selepas kapal kayu dinaiki terbakar di perairan Kampung Cenderamata, Jalan Batu Sapi, di sini, semalam, ditemui kira-kira 14 kilometer dari tempat kejadian, petang tadi.

Mayat Susulan Abrahim, 36, lllditemui oleh penduduk kampung berhampiran sebelum memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengambil mayat mangsa, kira-kira 6 petang.

Jurucakap APMM Sandakan berkata, mayat mangsa dihantar ke Jeti APMM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, kapal kayu yang selesai memindahkan petrol di Jeti berhampiran untuk dibawa ke negara jiran terbakar ketika enjin dihidupkan.

Seramai 11 pekerja yang berada di atas kapal itu terjun untuk menyelamatkan diri dan susulan itu seorang dilaporkan hilang manakala lima lagi melecur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 11:23 PM