FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Rawang: Sebuah kilang industri musnah dalam kebakaran di Taman Industri Puteri Permai, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan mangsa.

"Pihak kami menerima panggilan 12 tengah hari sebelum jentera pertama tiba 14 minit kemudian bagi memadamkan kebakaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kilang berkenaan musnah sepenuhnya dan anggaran kerugian sedang ditafsirkan.

Punca sebenar kebakaran sedang disiasat bahagian forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 1:54 PM