BOMBA memadamkan api yang memusnahkan enam bengkel. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA memadamkan api yang memusnahkan enam bengkel. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Rawang: Enam bengkel di Batu 20, Jalan Rawang, Sungai Choh, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 1.03 tengah hari dan menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Batu Arang, BBP Sungai Buloh, BBP Selayang dan BBP sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan enam bengkel dan usaha memadam kebakaran dijalankan.

"Api sudah berjaya dipadam dan tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 5:40 PM