BANGUNAN sekolah tiga tingkat yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
BANGUNAN sekolah tiga tingkat yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Oleh Siraj Mohd Zaini


Gombak: Bangunan sekolah tiga tingkat di Taman Samudera, Selayang, terbakar kira-kira 11.45 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada mangsa yang terbabit dalam insiden itu dan kebakaran dipadamkan pada 12.48 tengah hari tadi.

"Kebakaran itu mengakibatkan tingkat tiga yang menempatkan lima bilik darjah, stor meja dan stor buku musnah.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi bagi mencari punca kebakaran itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 1:23 PM