ANGGOTA polis menunjukkan alat perjudian yang dirampas.
ANGGOTA polis menunjukkan alat perjudian yang dirampas.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kajang: Sengaja bina premis menjual telefon bimbit di bahagian hadapan manakala pusat pengumpulan judi ekor beroperasi di bahagian belakang.

Itu antara taktik digunakan sindiket judi di Semenyih yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun aktiviti haram yang aktif sejak enam bulan lalu dibongkar anggota Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil serbuan serentak di 25 premis judi sekitar Kajang dan Dengkil.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan jam 4 petang semalam disasarkan di kawasan Beranang, Semenyih, Kajang, Taman Seri Kembangan, Sungai Chua dan Sungai Long, di sini.

Menurutnya, polis berjaya menahan 35 suspek termasuk tiga pembeli judi ekor.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 8:35 AM