LIMA kenderaan dan sebuah kren terbabit dalam kemalangan di KM 3, Jalan Jerantut-Temerloh, hari ini. FOTO Amir Hamzah
LIMA kenderaan dan sebuah kren terbabit dalam kemalangan di KM 3, Jalan Jerantut-Temerloh, hari ini. FOTO Amir Hamzah
Amir Hamzah Nordin


Jerantut: Lima kenderaan dan sebuah kren terbabit dalam kemalangan di KM 3, Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang masuk ke Kolej Komuniti, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, kejadian jam 6.15 petang berlaku semasa Proton Exora keluar dari simpang Taman Wawasan menghala ke Temerloh.

"Tiba-tiba datang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV dari arah belakang menghala ke arah sama merempuh belakang Proton Exora menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar kren Kobelko yang diparkir di tepi jalan.

"Honda CRV turut hilang kawalan dan terbabas serta berpusing ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Proton Waja yang datang dari arah Temerloh," katanya di sini hari ini.

Zukri berkata, dalam masa yang sama, Toyota Harrier yang datang dari arah Temerloh cuba mengelak daripada melanggar Honda CRV dan melanggar kereta Toyota Camry yang berada di simpang keluar (sebelah kiri).

"Pemandu Honda CRV cedera ringan dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.

"Semua pemandu dan penumpang semua kenderaan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Katanya, kemalangan itu diklasifikasikan kes -Kaedah 10 LN 166/59.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 11:51 PM