Azam merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang di sini, hari ini. FOTO Paya Linda Yahya
Azam merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang di sini, hari ini. FOTO Paya Linda Yahya
Paya Linda Yahya


Gua Musang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan kes membabitkan pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 masih berjalan sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat.

"Kes (siasatan Scorpene) masih berjalan yang mana kita sebenarnya masih berhubung dengan pihak-pihak luar negara bagi mendapatkan maklumat keterangan tentang beberapa transaksi.

"Alhamdulillah (maklum balas) positif dari luar negara yang memberi maklum balas yang kita minta dan kehendaki.

"Jadi saya akan maklumkan kemudian apabila sampai masanya sekiranya ada dapat petanda yang baik, tapi kes ini masih lagi dalam siasatan kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Ibu Pejabat Kesedar, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 3:47 PM