BERNAMA

Sepang: Lelaki yang melepaskan dua das tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua daripadanya berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan satu kes di bawah Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.

Beliau berkata, mangsa iaitu isteri suspek sebelum ini membuat dua laporan di bawah Seksyen 506 pada 2016 dan 2023.

"Laporan berkaitan Seksyen 506 terbaharu pada Disember lepas. Hasil laporan itu, suspek ditangkap polis. Kami hantar kertas siasatan namun ada beberapa arahan lain perlu dilaksanakan. Mengambil (iktibar) insiden terakhir isteri suspek menggaji pengawal peribadi," katanya pada sidang media selepas meninjau lapangan terbang berkenaan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, berdasarkan siasatan awal, motif kejadian adalah disebabkan masalah peribadi antara lelaki terbabit dan isterinya yang dipercayai dalam peringkat awal kehamilan.

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 12:23 PM
MOHD Shuhaily menunjukan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di KLIA Terminal 1. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. FOTO Bernama
MOHD Shuhaily menunjukan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di KLIA Terminal 1. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. FOTO Bernama