MOHD Shuhaily (tengah) bercakap pada media selepas meninjau lokasi kejadian tembakan di KLIA Terminal 1. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman. FOTO Bernama
MOHD Shuhaily (tengah) bercakap pada media selepas meninjau lokasi kejadian tembakan di KLIA Terminal 1. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman. FOTO Bernama
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil haris


Sepang: Wanita yang dipercayai menjadi sasaran cubaan bunuh suaminya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur mengupah pengawal peribadi susulan menerima ugutan daripada suspek tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 38 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dua Seksyen 380 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan (menyamar penjawat awam).

Menurutnya, pengawal peribadi yang kini kritikal dan masih dirawat di hospital bertindak dengan pantas dan cemerlang dalam menjalankan tugasnya.

"Isteri suspek sebelum ada membuat dua laporan ugutan jenayah pada Disember lalu dan hasil laporan itu suspek pernah ditahan dan kertas siasatan (terdahulu) sudah dihantar namun ada beberapa arahan lain perlu dilaksanakan.

"Saya rasa mengambil kira insiden terakhir itu isteri suspek membuat keputusan menggajikan (dua) pengawal peribadi," katanya pada sidang media di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, hari ini.

Shuhaily berkata, setakat ini motif kejadian dipercayai berhubung isu penceraian antara suspek dan isterinya.

Katanya, lain-lain motif hanya akan diketahui selepas suspek yang kini sedang melarikan diri berjaya ditahan.

"Dalam konteks ini polis sudah mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan berbahaya jadi orang awam jika melihat suspek dapat berkongsi maklumat namun jangan bertindak sendiri.

"Saya sekali lagi sarankan suspek supaya datang ke mana-mana balai polis untuk serahkan diri secara aman dan tidak memudaratkan mana-mana pihak lagi. Itu sangat penting," katanya.

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 12:06 PM