ALLAHYARHAM Jaafar Yusuf. FOTO Ihsan IG HAQIEM STOPA
ALLAHYARHAM Jaafar Yusuf. FOTO Ihsan IG HAQIEM STOPA
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Bapa pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa, Jaafar Yusuf meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 24, di Instagram (IG) miliknya, malam ini.

"Al-Fatihah buat abah tercinta, dia ialah Stopa yang sebenar.

"Dia adalah raja saya, ramai yang tak tahu dia ialah Stopa.

"Saya hanya menumpang namanya dalam mencari rezeki .Semoga Allah SWT tempatkan abah di tempat orang yang beriman.

"Adik sayang abah dunia akhirat. Adik akan bawa nama Haqiem Stopa sejauh yang mungkin macam abah harapkan. Allahuakbar," tulisnya menerusi kapsyen dalam hantaran IG.

Terdahulu, Haqiem dalam hantaran di Insta Story berkongsi video menunjukkan bapanya terbaring di atas katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dalam hantaran berasingan, Haqiem memaklumkan bapanya diintubasi dan memohon orang ramai mendoakan supaya diberi kesembuhan.

"Setiap tahun azan di Masjid Kampung Batu 8 itu suara abah, bergema sampai lah takbir raya.

"Ramadan tahun ini abah terbaring dekat rumah sampai ke hospital.

"Ramai orang doakan abah, abah, kuat, cepat sihat... kita balik rumah," tulisnya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 11:56 PM