KUALA TERENGGANU 27 MAC 2024. Anas Mahrous, 22 yang menjual Kunafa dan baklava di Bazar Ramadan Taman Syahbandar. Manisan tradisional dari Timur Tengah itu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan itu ‘setia menanti’ penggemarnya yang berkunjung ke bazar berkenaan. manisan itu dibuat menggunakan barangan berkualiti mengikut resipi asal dari Syria. NSTP/GHAZALI KORI

Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Selain pelbagai jenis kuih tradisional yang muncul ketika Ramadan, pencuci mulut dari Timur Tengah seperti kunafa dan baklava antara yang dijual di Bazar Ramadan.

Di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, manisan tradisional yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan itu 'setia menanti' penggemarnya yang berkunjung ke bazar berkenaan.

Pemilik Abud Kunafa, Mohd Fairuz Gullam Khadir berkata, kunafa dan baklava itu dibuat di kilang di Ampang, Selangor dan dihantar ke Kuala Terengganu setiap hari.

Katanya, manisan itu dibuat menggunakan barangan berkualiti mengikut resipi asal dari Syria.

"Salah seorang pekerja pernah bekerja di sebuah kedai manisan di Syria, jadi pengalaman yang diperoleh itu diturunkan kepada pekerja yang lain.

"Ini kali pertama jenama Abud Kunafa berada di Terengganu khususnya di Kuala Terengganu dan sambutan diterima setakat ini sangat menggalakkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Fairuz berkata, terdapat tiga jenis kunafa dijualnya iaitu kunafa cheese berharga RM15 sebiji, kunafa cream (RM12) dan kunafa coklat (RM7).

Katanya, baklava pula dijual dengan dua bentuk iaitu sarang burung dan bunga mawar dengan empat perisa iaitu pistachio, gajus, coklat dan coklat putih.

"Baklava pula dijual dengan harga RM20 bagi 10 biji dengan kunafa cheese antara yang paling laris jualannya.

"Setiap hari kita buat tiga dulang untuk kunafa cheese dan dua dulang bagi kunafa cream dan kunafa coklat serta satu dulang bagi setiap jenis baklava," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 6:01 PM