GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kes kemalangan merekodkan penurunan semalam dengan hanya 1,609 berbanding 1,709 kes kemalangan kelmarin di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, bagaimanapun kes kematian mencatatkan peningkatan iaitu 18 kematian semalam berbanding hanya tujuh kematian sehari sebelumnya.

"Kes kemalangan menurun 181 kes berbanding 1,709 kes (Jumaat) manakala kes kematian meningkat 11 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro terdahulu melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 2:42 PM