KUALA LUMPUR 15 MAC 2024. Tinjauan orang ramai hadir Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs PERKESO 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). STU/ NUR IQBAL SYAKIR MOHD SALLEH
KUALA LUMPUR 15 MAC 2024. Tinjauan orang ramai hadir Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs PERKESO 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). STU/ NUR IQBAL SYAKIR MOHD SALLEH
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Seramai 712 individu mendapat pekerjaan dan layak ke temu duga kedua dalam Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2024: Tiada Yang Terpinggir pada 14 Mac hingga 16 Mac lalu di Pusat Konvensyen Lumpur Convention Center (KLCC).

Karnivalitu dianjurkan sempena Sambutan Hari Wanita oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Perkeso bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac setiap tahun

Ia membabitkan penyertaan lebih 50 majikan yang menawarkan 10,000 peluang pekerjaan terdiri daripada pelbagai industri dan terdapat juga majikan menawarkan waktu bekerja secara fleksibel dengan gaji yang berpatutan antaranya RHB Bank, RHB Asset Management, Pantang Plus dan DHL Asia Pacific Shared Services.

"Hasil semakan Perkeso, seramai 1,077 orang pencari kerja hadir ke karnival ini dengan 66 peratus yang hadir berjaya mendapat pekerjaan dan layak ke temu duga peringkat seterusnya dari majikan terbabit dalam karnival kerjaya ini.

"Penganjuran karnival ini dilihat efektif dan memberi impak positif kepada pencari kerja khususnya wanita, daripada segi peningkatan akses kepada pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan majikan serta menggalakkan kesaksamaan jantina dalam tenaga kerja negara.

"Karnival berkenaan turut membuka lebih banyak ruang dalam pembangunan karier golongan wanita pada masa hadapan dengan pembabitan pelbagai majikan yang menawarkan fleksibiliti waktu bekerja, pilihan bekerja dari rumah termasuk penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Sambutan Hari Wanita Kesuma dan Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024: Tiada Yang Terpinggir inidirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk SeriDr. Mohammed Azman Aziz Mohammed pada 14 Mac lalu.

Pengunjung karnival, Balqis Ali yang berkata, dia berjaya mendapatkan pekerjaan di PantangPlus sebagai In-House Therapist dan menyeru pencari kerja yang lain terutamanya wanita untuk mendaftar dengan MYFutureJobs kerana pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan.

Perkeso menyeru pencari kerja yang sedang mencari pekerjaan untuk menyertai Karnival Kerjaya dengan mendaftar di https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/ atau layari atau layari https://myfuturejobs.gov.my/ untuk carian pekerjaan secara dalam talian.

Bagi majikan yang ingin menawarkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, mereka juga boleh layari https://myfuturejobs.gov.my/.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 2:43 PM