PASUKAN bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit dalam kereta sejurus berlakunya kemalangan. FOTO ihsan bomba
PASUKAN bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit dalam kereta sejurus berlakunya kemalangan. FOTO ihsan bomba
Erika GeorgeĀ 


Sarikei: Dua warga emas meninggal dunia selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dinaiki bertembung dengan treler di Simpang Pakan, Jalan Pan-Borneo Sarikei-Sibu, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pemandu Toyota Fortuner, Yap Ah Tek, 69, disahkan mati di lokasi.

"Hasil maklumat awal, Toyota Fortuner dinaiki mangsa menghala ke Pakan manakala treler terbabit menuju ke Sarikei.

"Penumpang SUV itu, Lantau Meling, berusia 96 tahun, pula disahkan mati ketika dirawat di Hospital Sarikei," katanya.

Menurut beliau, anggota BBP Sarikei bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berkaitan kemalangan, jam 11.05 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2024 @ 11:08 AM