PASUKAN bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam SUV Toyota Fortuner. FOTO Ihsan Bomba
PASUKAN bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam SUV Toyota Fortuner. FOTO Ihsan Bomba
Erika George


Sarikei: Dua warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dinaiki mereka bertembung dengan lori di Simpang Pakan, Jalan Pan-Borneo Sarikei-Sibu di sini, malam tadi.

Pemandu Toyota Fortuner, Yap Ah Tek, 69, disahkan maut di lokasi kejadian manakala, penumpang Lantau Meling, 96, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sarikei.

Dua lagi mangsa dalam kenderaan itu turut mengalami kecederaan dan dirawat di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kemalangan dikatakan berlaku ketika SUV terbabit dalam perjalanan menghala menuju ke Pakan, manakala lori bergerak menuju ke Sarikei.

"sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu pada 11.05 malam.

"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati dua mangsa tersepit dalam kereta Toyota Fortuner. Dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2024 @ 11:57 AM