Nurshafika Suhaimi

HUAWEI hari ini melancarkan salah satu peranti mercu baru Huawei P60 Pro yang menampilkan spesifikasi terkini termasuk keupayaan kamera superior yang serba baharu dan canggih. 

Peranti baharu ini boleh dikatakan sebagai telefon pertama dilengkapi kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera), dengan sistem multi lensa.

Ia turut hadir dengan tiga kamera belakang termasuk kamera utama Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan kanta Telefoto Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, menjadikannya telefoto cahaya malap terbaik. 

Manakala, kamera hadapan pula mempunyai sensor 13 megapiksel yang dapat merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam cahaya malap.

Uniknya, peranti ini mempunyai kamera utama, dengan bukaan apertur boleh berubah antara F1.4 hingga F4.0 dalam 10 senggatan.

Selain itu, HUAWEI P60 Pro kini hadir dengan antara muka kamera yang dinaik taraf dengan cincin zum kamera serba baharu dan menu pantas, membolehkan pengguna mempunyai kawalan mudah pada kamera telefon.

Ia untuk pembesaran digital, pembesaran optikal dan pembesaran hibrid mengikut tetapan pengguna dengan hasil gabungan tri-kamera.

Mutiara Rococo Unik: Tekstur Satu-Sejenis

Telefon pintar berkuasa tinggi ini bukan sahaja dilengkapi perkakas dalaman dan kamera yang hebat, ia juga dihiasi dengan kemasan yang cantik dan unik.

HUAWEI P60 Pro didatangkan dengan varian warna Rococo Pearl diinspirasikan oleh gaya Rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18 serta reka bentuk Mutiara Rococo yang pertama dalam industri yang mempunyai tekstur mutiara asli.

Kemasan belakang itu juga dikatakan berbeza secara unik antara satu sama lain.

Selain itu, ia juga akan ditawarkan dalam warna hitam matte.

Paparan kaca kunlun empat lengkung tahan lasak

HUAWEI P60 Pro juga antara telefon pintar tahan lasak yang dilengkapi kaca Kunlun yang diperakui rintangan jatuh lima bintang SGS Switzerland, sekali gus memberikan skrinnya sepuluh kali lebih tahan lama.

Sebagai tambahan, telefon ini juga dilengkapi paparan Quad-curved, setiap sudut HUAWEI P60 Pro Quad-curve Display kini lebih bulat dan lembut di bahagian tepinya menjadikan bidang penglihatan tidak terbatas dan mengasyikkan.

Rekaan lengkungan di kiri dan kanan pada peranti ini pula mampu memberi keselesaan kepada pengguna untuk menaip, memegang malah itu adalah ciri utama peranti ini berada pada tahap tersendiri.

Bateri tahan lama

Di samping itu, HUAWEI P60 Pro mempunyai bateri 4815 mAh yang cukup untuk bertahan sepanjang hari. 

Peranti ini menyokong teknologi SuperCharge HUAWEI 88W yang membolehkan pengguna mengecas bateri kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja.

AppGallery

Semua aplikasi kegemaran pengguna kini tersedia di AppGallery dan boleh dimuat turun dengan mudah. 

HUAWEI P60 Pro ialah telefon pintar berprestasi tinggi yang canggih yang menyampaikan pada semua bahagian.

Dengan kamera unggul, reka bentuk unik, storan yang mencukupi dan hayat bateri yang panjang, ia adalah telefon pintar yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan teknologi terbaik.

Jika anda sedang mencari telefon pintar baharu, HUAWEI P60 Pro adalah pilihan yang paling bijak.

Pra-tempah HUAWEI P60 Pro sekarang dari harga RM4,699 dan pengguna berpeluang untuk nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560* di HUAWEI Experience Store serta RM1,460* menerusi HUAWEI Online mulai 11 Mei sehingga 19 Mei 2023.

Pra-tempah sekarang dari Kedai HUAWEI terdekat, Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada atau Shopee.

Anda juga boleh pra-tempah HUAWEI P60 Pro dari kedai rakan kongsi yang sah seperti Senheng dan senQ.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2023 @ 7:51 PM