Nurshafika Suhaimi

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menyepi, model kesayangan HONOR, siri X, akan kembali di Malaysia.

Bertemakan "Ready to Go Beyond", pelancarannya akan berlangsung pada 29 Mac 2022 jam 8:30 malam pasti mencuri tumpuan ramai dengan pelbagai ciri istimewa dan hebat.

Sebelum ini, siri HONOR X sememangnya dikenali sebagai ikon HONOR, telefon pintar berkualiti tahap mercu yang tidak asing lagi di pasaran Malaysia, kini kembali dengan slogan "Lagi Tahan Lagi Best".

Malah, sehingga hari ini masih ada lagi yang menggunakan model siri X terdahulu dan peminat pasti teruja menanti kehadiran semula model ini di pasaran untuk melihat apa yang ditawarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, HONOR Malaysia, Justin Li dalam sebuah kenyataan di Facebook HONOR Malaysia baru-baru ini menerangkan tentang perkara-perkara yang boleh dijangka mengenai siri X akan datang.

Menurutnya, spesifikasi hanyalah angka, mewakili jutaan kemungkinan apabila ia melibatkan kehendak pengguna. Lebih menyeluruh yang pengeluar perlu pertimbangkan, lebih selesa pengguna bakal nikmati.

Image"Beberapa tahun ini, HONOR sentiasa percaya dalam mengambil kira "pendekatan dua roda" yang seimbang untuk kekal memihak kepada pengguna.

"Satu roda untuk memahami trend dan memerhati maklum balas pengguna, manakala satu lagi roda untuk mengutamakan keperluan pengguna sambil berintegrasi dengan teknologi tercanggih," katanya.

Justin turut berkongsi kisah sebenar di mana pengguna HONOR 8X berjaya diselamatkan selepas meminta pertolongan ketika melakukan aktiviti perkhemahan ketika telefon rakan-rakan lain gagal berfungsi.

Kisah benar ini memberi inspirasi kepada HONOR untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi, agar pengguna dapat menikmati peranti berkualiti premium pada harga mampu milik.

Sejak mampu berdiri sendiri, HONOR menerima banyak pertanyaan daripada pengguna tempatan tentang kemunculan semula siri X.

Kini Malaysia amat berbangga kerana dipilih sebagai negara pertama di luar China untuk merasmikan siri HONOR X, berserta HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7, siri lengkap yang bakal mengagumkan pengguna tempatan.

Sumber rasmi boleh mengesahkan bahawa peranti baru ini akan dilengkapi paparan kadar segar semula 120Hz dan kuasa HONOR Supercharge 66W, menjadikan siri ini sesuatu yang boleh membuatkan peminat teruja untuk menantikannya sehingga pada hari pelancaran.

HONOR membawa pelancaran ini pada tahap lebih jauh dengan memperkenalkan versi terbaharu komputer riba pada pelancaran 29 Mac nanti, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Image

Buat peminat dan pengguna HONOR X Series, sila layari laman Facebook  untuk menyertai aktiviti dan peluang untuk memenangi HONOR X9 yang baharu.

Klik di sini untuk menyaksikan pelancaran 'Ready to Go Beyond'.

Untuk pengumuman rasmi dari semasa ke semasa, layari laman web rasmi HONOR.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2022 @ 12:18 PM